FAKTA 9 : EMPAT JENIS MINYAK ZAITUN YANG MEMUDARATKAN

Selepas kita faham tentang musuh minyak zaitun kita akan tahu dan perlu tahu apakah minyak zaitun yang boleh memudaratkan kesihatan kita.
Berikut adalah empat jenis minyak yang anda perlu hindari.

i. BOTOL KACA CERAH
Kita sudah tahu bahawa musuh nombor satu minyak zaitun adalah cahaya.
Maka minyak zaitun yang dibotolkan dalam botol kaca carah atau minyak extra virgin yang dibotolkan dalam botol plastik akan memudaratkan kesihatan.
Bagaimana?
Produk ini telah terdedah kepada musuh nombor satu tadi iaitu cahaya. Minyak itu yang asalnya baik tetapi kerana terdedah kepada cahaya, ia teroksida. Buat apa nak beli barang yang telah rosak atau makanan yang sudah basi, betul tak?
Jadi bila di kedai kita janganlah beli produk yang dalam botol kaca cerah.

ii. PATI MINYAK ZAITUN/ MINYAK ZAITUN TANPA TAPISAN (UNFILTERED OLIVE OIL)
Satu lagi musuh minyak zaitun adalah udara atau oksigen. Dalam minyak zaitun tanpa tapisan, ada minyak, air dan serdak/hampas buah zaitun.
Dalam air ada oksigen (H2O) inilah yang akan menyebabkan minyak zaitun teroksida.
Kandungan air dan hampas yang berada dalam minyak zaitun tanpa tapisan akan menyebabkan minyak zaitun teroksida, jadi ia perlu diasingkan demi menjaga kualiti minyak zaitun untuk jangka masa panjang.

iii. KAPSUL MINYAK ZAITUN
Minyak zaitun dalam kapsul akan terdedah kepada udara dan cahaya, dua musuh utama minyak zaitun.
Oleh itu minyak zaitun di dalam kapsul akan rosak kerana teroksida dan seperti kita tahu, penggunaan minyak zaitun yang rosak hanya akan memberi kesan buruk kepada pengguna.

iv. DIBOTOLKAN SECARA MANUAL TANPA PENGGUNAAN GAS NITROGEN
Kandungan oksigen di dalam botol akan mengakibatkan minyak zaitun teroksida. Sebab itu setiap pembungkusan minyak zaitun memerlukan suntikan nitrogen.
Kalau anda Google ‘nitrogen injection in food industry’ anda akan dapat lihat bagaimana teknologi ini digunakan menggantikan gas oksigen dalam bungkusan makanan untuk menjaga kualiti produk.
PERANAN ANDA?
Tugas anda sekarang adalah untuk melihat sendiri di pasaran ada tak minyak zaitun yang mempunyai ciri-ciri di atas.
Lihat sendiri betulkah ada minyak zaitun dalam botol kaca cerah, botol plastik atau kapsul?
Ada tak orang jual minyak zaitun yang ada serdak di dalamnya?
Kalau ada, pergilah belek dan tengok pada label mereka. Ada tak tarikh harvest date? Ada tak maklumat pengeluar (bukan pengedar ya)? Ada tak production date? Ini semua maklumat penting untuk pengguna.
Setakat ini dahulu penjelasan ringkas tentang empat jenis minyak zaitun yang memudaratkan pengguna.
Saya akan perdalamkan lagi penjelasan bagi setiap satunya dalam perkongsian bermula esok.
Bersedialah!
Nazran Abd Mutalib
Certified Olive Oil Sommelier & Olive Oil Quality Assessor.
Pendidik Minyak Zaitun Malaysia.