FAKTA 10: BOTOL CERAH MEROSAKKAN MINYAK ZAITUN

Assalamualaikum semua, sedar tak sedar sudah masuk hari ke-11 kempen MERDEKA ZAITUN kita.
Bermula 1 Ogos lalu saya mulakan kempen ini sebagai wadah memberi pencerahan kepada masyarakat kerana saya sedar ramai yang nak guna minyak zaitun tapi tak ada ilmu yang betul.
Semalam kita bincang tentang empat jenis minyak zaitun yang memudaratkan. Hari ini kita mulakan cerita lebih panjang tentang jenis pertama iaitu yang dalam botol kaca cerah dan botol plastik.
Bila kita dah kenal musuh minyak zaitun yang utama iaitu cahaya, jadi elakkanlah daripada membeli minyak zaitun yang terdedah kepada cahaya seperti yang dalam botol kaca cerah, dalam botol plastik cerah atau dalam kapsul yang juga transparent (telus cahaya).
Sekali lagi saya ingatkan, minyak zaitun yang terdedah kepada cahaya matahari adalah minyak zaitun yang rosak kerana sudah teroksid melalui proses photo-oxidation yang mengakibatkan ia bertukar sifat.
Baunya akan berubah, rasa akan berubah, warna minyak zaitun juga akan berubah dan perubahan ini akhirnya akan menghasilkan radikal bebas (free radical)
Radikal bebas juga adalah punca kepada penyakit kanser dan serangan jantung.
Pendek kata, perbuatan mengambil minyak zaitun teroksida sama sahaja dengan meracuni badan sendiri.
Walaupun anda mungkin lihat ada jenama besar yang menjual produk mereka dalam botol kaca cerah, ketahuilah ada jenama yang mementingkan keuntungan berbanding kebaikan pengguna.
Jadi mereka gunakan botol kaca biasa untuk menjimatkan kos agar mereka mendapat untuk yang tinggi.
Apakah mereka tidak tahu kesan cahaya terhadap minyak zaitun?
Perkara ini sebenarnya ada kaitan dengan kesedaran pengguna. Kiita boleh lihat di Malaysia ada banyak penjual yang menggunakan botol kaca cerah juga berpunca daripada pengetahuan pengguna yang rendah.
Kalau pergi Turki, di Istanbul, masuk pasaraya mereka ada lebih 20 jenama minyak zaitun semuanya dalam botol kaca gelap, tak ada satu pun dalam botol kaca cerah.
Sebabnya, pengguna di sana dah tahu, dah sedia maklum dengan ilmu minyak zaitun jadi kalau pasaraya letak botol kaca cerah tak adalah yang membeli. Maka tak ada siapalah yang akan menjualnya juga.
Ini adalah prinsip asas permintaan dan penawaran.
Yang menariknya di Malaysia ini tahap kesedaran pengguna makin meningkat dan kita boleh lihat jenama yang dahulunya menggunakan botol kaca cerah kini sudah mula menggunakan botol kaca gelap.
Inilah yang dinamakan kemenangan bagi pengguna!
Jadi pengguna janganlah merasa gusar untuk membuat keputusan yang betul. Pengguna ada pilihan. Nak yang botol kaca gelap atau yang cerah.
Nanti sampai satu peringkat semua pengguna ilmu yang betul, sedar tentang kemudaratan minyak zaitun yang rosak ni, jadi pengguna akan membuat pilihan bijak.
Pengguna akan pilih yang botol kaca gelap.
Pengguna tak akan beli dah produk yang memudaratkan kesihatan mereka.
Esok kita bercakap tentang Pati Minyak Zaitun pula. Tunggu ya!
Nazran Abd Mutalib
Certified Olive Oil Sommelier & Olive Oil Quality Assessor.
Pendidik Minyak Zaitun Malaysia.