#12 PATI MINYAK ZAITUN, UBAT ATAU RACUN?

FAKTA 11: PATI MINYAK ZAITUN ANDA UBAT ATAU RACUN?
Kalau nampak ada serdak yang sudah warna hitam dalam minyak zaitun anda, sedarlah bahawa yang anda ambil itu adalah racun, bukan khasiat.
Walaupun ada yang kata hampas dalam minyak zaitun itu penambah khasiat, sampai sekarang tak ada siapa boleh buktikannya secara fakta.
Dalam masa sama hasil kajian pelbagai pihak di serata dunia secara konsisten mendapati bahan asing dalam minyak zaitun akan mengakibatkan ia teroksida, hilang khasiat bahkan membahayakan pengguna.
KENALI PATI ZAITUN
Salah satu jenis minyak zaitun yang mendapat permintaan di seluruh dunia adalah minyak zaitun tanpa tapisan (unfiltered olive oil), juga disebut ‘olio nuovo’ (minyak baru) atau orang kita panggil ‘pati minyak zaitun’.
Yang sebenarnya cecair ini bukanlah minyak zaitun tetapi adalah jus zaitun. Ia adalah hasil perahan buah zaitun. Apa sahaja perahan daripada buah akan menghasilkan cecair yang dipanggil jus.
Jus ini ada kandungan minyak, air dan serdak – Ini adalah minyak zaitun yang paling fresh sekali, kerana masih ada rasa dari serdak buah zaitun,sebab itu ia berwarna hijau gelap kerana masih ada sedimen.
Tetapi ia mempunyai kekurangannya tersendiri.
Jus yang orang kita panggil pati ini hanya boleh bertahan tiga hingga empat bulan selepas buah zaitun diperah. Sebab itu ia dipanggil sebagai olio nuovo kerana ia memang hanya digunakan dalam jangka masa pendek sahaja.
Selepas tempoh tiga atau empat bulan, kandungan air dan serdak dalam buah akan menyebabkan minyak zaitun teroksida.
Air dalam jus ada elemen oksigen, ini akan mengoksidakan minyak zaitun.
Serdak buah pula akan mengalami proses fermentasi/ penapaian akan bertukar warna dari hijau menjadi hampas kehitaman kerana telah teroksida.
Disebabkan udara dan hampas yang ada dalam minyak, maka minyak zaitun itu juga akan teroksida dalam tempoh tiga ke empat bulan.
PENGGUNAAN PATI ZAITUN
Oleh itu minyak zaitun tanpa tapisan tidak boleh dijual sepanjang tahun. Walaupun ia disimpan dalam botol kaca gelap dan menggunakan suntikan nitrogen, umurnya tetap pendek.
Walaupun tidak ada cahaya dan tiada udara dalam botol tetapi dalam minyak itu sendiri dengan adanya oksigen (dalam air) dan sedimen serdak di dalamnya.
Syarikat pengeluar yang bertanggung jawab hanya akan mengeluarkan produk dalam kuantiti minima, limited edition. Ada, bukan tak ada. Cuma ia tak dijual dalam kuantiti banyak dan bukan untuk dipek semula.
WASPADA DEMI KESIHATAN ANDA
Di Malaysia ada syarikat yang jual pati minyak zaitun. Siap dengan ‘pakej’ botol kaca cerah dan kita boleh nampak hampas sudah berwarna hitam.
Pengguna ingat itulah yang paling berkhasiat, sedangkan itu adalah racun jangka masa panjang bagi tubuh mereka.
Ini berlaku kerana pengguna hanya percaya kata penjual tetapi tidak buat kajian sendiri. Hati-hati!
Esok kita cakap pasal minyak zaitun dalam kapsul pula, okay!
Nazran Abd Mutalib
Certified Olive Oil Sommelier & Olive Oil Quality Assessor.
Pendidik Minyak Zaitun Malaysia.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *