#13 JAUHI MINYAK ZAITUN DALAM KAPSUL!

FAKTA 12: JAUHI MINYAK ZAITUN DALAM KAPSUL!
Kenapa orang amalkan pengambilan minyak zaitun dalam kapsul?
Sebab paling biasa kita dengar adalah pengguna tak lalu, tak seleara nak telan minyak zaitun secara terus.
Ini berlaku kerana mereka tak faham kepelbagaian cara penggunaan minyak zaitun selain daripada minum secara terus. Kita akan bincang topik ini nanti.
Kembali kepada kapsul minyak zaitun,
Paling penting untuk kita tahu adalah TIDAK ADA pengeluar minyak zaitun dalam dunia yang buat produk dalam kapsul.
Yang buat minyak zaitun dalam kapsul adalah syarikat kapsul. Mereka ambil minyak zaitun untuk dikapsulkan lalu dijual kepada pasaran.
Kalau minyak zaitun boleh dikapsulkan, dah lama pengeluar minyak zaitun sendiri jual produk mereka dalam kapsul sebab dapat lagi banyak untung. Saiz kecil, jual mahal.
Malangnya ada pengusaha yang tidak bertanggung jawab. Demi mengaut keuntungan dan kononnya memudahkan pengguna mereka menghasilkan minyak zaitun dalam bentuk kapsul.
Ada beberapa kemudaratan pengambilan minyak zaitun dalam bentuk kapsul ini:
i. Jumlah dos yang tidak mencukupi
FDA mencadangkan pengambilan 2 sudu besar minyak zaitun sehari. Satu sudu bersamaan 10ml, juga bersamaan 20 biji kapsul bersaiz 500 miligram.
Jadi kalau satu hari nak ambil 2 sudu besar minyak zaitun, kita kena telan 40 biji kapsul baru cukup dosnya.
Pengeluar kapsul minyak zaitun pula hanya cadangkan pengambilan 2 kapsul waktu pagi dan 2 kapsul waktu malam.
Jadi apa kesan kepada pengguna? Ia adalah satu kerugian kerana tak cukup dos menyebabkan tiada kesan kesihatan.
ii. Kerugian wang
Kalau sebotol minyak zaitun saiz 250ml dengan harga kira-kira RM 60 sudah sebanyak 500 biji kapsul.
Nilai pasaran bagi 20 biji kapsul pula adalah lebih kurang RM 10.
Kiralah sendiri. Bandingkan harga.
Pilihlah, nak bayar RM 60 atau RM 250 untuk jumlah minyak zaitun yang sama?
iii. Kesahihan kandungan kapsul
Macam mana nak pastikan bahan dalam kapsul itu benar-benar minyak zaitun?
Kalau air teh dikapsulkan, warnanya sama dengan warna minyak zaitun. Mungkin minyak masak, mungkin minyak sawit, minyak kelapa, apa sahaja minyak yang harganya lebih rendah boleh dikapsulkan dan dilabel minyak zaitun.
Benda dalam kapsul, kita tak dapat rasa. Kita makan sahaja.
iv. Minyak Zaitun akan rosak akibat udara.
Kapsul adalah dua sarung yang bersambung. Bila ia dipasang, ada poket gelembung udara.
Kita dah bincang banyak kali bahawa oksigen akan merosakkan minyak zaitun, menjadikannya teroksida.
v. Minyak Zaitun rosak akibat cahaya.
Kapsul cerah atau lutsinar akan mengakibatkan proses photo-oxidation, mengakibatkan minyak zaitun teroksida dan rosak.
Sebagai rangkuman, semua minyak zaitun dalam kapsul yang berada di pasaran telah pun teroksida.
Jauhilah minyak zaitun dalam kapsul!
Nazran Abd Mutalib
Certified Olive Oil Sommelier & Olive Oil Quality Assessor.
Pendidik Minyak Zaitun Malaysia.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *