#14 PEMBOTOLAN MANUAL JENAMA TEMPATAN TAK GUNA SUNTIKAN NITROGEN

FAKTA 13: PEMBOTOLAN MANUAL JENAMA TEMPATAN TAK GUNA SUNTIKAN NITROGEN
Di Malaysia ini ada yang import minyak zaitun, botolkan semula kemudian tampal jenama sendiri.
Ini satu red alert kepada pengguna!
Pembotolan secara manual memberi kesan kepada kualiti minyak zaitun.
Kita dah bincang sebelum ini bahawa minyak zaitun adalah bahan segar dan amat sensitif terhadap udara dan cahaya.
PEMBOTOLAN MANUAL MEMANIPULASI PENGGUNA
Pembotolan secara manual akan memendekkan umur minyak zaitun.
Oksigen yang terperangkap di dalam botol akan mengoksidakan minyak seterusnya menjadikan ia racun kepada pengguna.
Produk sebegini banyak terdapat di pasaran, dihasilkan oleh pengeluar tempatan, jenama tempatan, yang dibotolkan di Malaysia.
Bagaimana operasi mereka?
Pertama, minyak zaitun dibawa masuk secara pukal dalam kuantiti besar atau dalam drum ke dalam negara.
Ada yang beli minyak zaitun daripada broker. Si pengimport pun tak tahu dari mana datangnya minyak zaitun yang dia dapat.
Tak tahu siapa pengeluarnya, mana asalnya, bila harvest date, lain-lain lagilah.
Kedua, minyak zaitun pukal ini dibotolkan semula secara manual.
Tiada standard pematuhan yang diikuti. Botol yang digunakan pun ada yang tidak kalis sinar UV.
Yang guna botol kicap pun ada. Memang gelap warnanya tapi tak kalis sinar UV.
Minyak kualti terbaik dengan khasiat 1000 kali ganda sekali pun kalau dibotol secara manual, bila ada oksigen terperangkap dalam botol, dalam masa tiga bulan ia akan rosak.
Ketiga, selesai dibotolkan ia diberi label. Maklumat pada label pun tak membantu pengguna.
Tiada harvest date, production date, tiada maklumat pengeluar. Yang ada pun, maklumat pengedar.
Sementara nak tunggu dibeli, boleh jadi minyak sudah lebih tiga bulan dalam stok kedai.
Tanpa tahu pengguna bawa balik minyak zaitun yang rosak dan tidak sesuai lagi dimakan.
Ini semua perangkap bagi pengguna. Perangkap maut namanya.
KEPENTINGAN SUNTIKAN NITROGEN
Di Malaysia, syarikat yang menjalankan pembotolan semula minyak zaitun tak ada mesin suntikan nitrogen.
Teknologi suntikan nitrogen ini digunakan dalam pembungkusan hampir dalam semua produk makanan yang tidak menggunakan bahan pengawet.
Nitrogen disuntik menggantikan oksigen dalam ruang kosong botol di ‘head space’.
Kenapa nitrogen? Ia lebih berat dari oksigen tetapi lebih ringan dari minyak.
Bila nitrogen masuk, ia menolak oksigen keluar dari botol. Proses ini dipanggil nitrogen purging atau injection.
Apabila oksigen tiada dalam botol, ia memanjangkan umur minyak zaitun kerana ia mengambil masa yang lebih panjang kira-kira 18 ke 24 bulan sebelum rosak.
Bagaimana kita nak kenal pengeluar yang guna suntikan nitrogen dalam pembotolan?
Bab ini agak rumit kerana kita tak akan tahu melalui label atau kotak. Sebab itu kita kena menjadi pengguna bijak dan membuat sedikit kajian dan bacaan.
Kita kaji siapa pengeluarnya? Sebab itu di label perlu ada maklumat pengeluar supaya kita tahu punca asal-usulnya dari mana.
Contoh, bila kita lihat di label tulis minyak zaitun dari Palestin tetapi di label hanya ada maklumat pengedar.
Tanpa maklumat pengeluar macam mana kita nak pastikan ia betul-betul datang dari Palestin?
Sebab itu secara kesimpulan saya sebut, asalkan di label tiada maklumat pengeluar (hanya ada maklumat pengedar), jenama tempatan, pembotolan dalam negara, tak payahlah guna,
Keras sikit bunyinya, tapi itulah fakta.
Nazran Abd Mutalib
Certified Olive Oil Sommelier & Olive Oil Quality Assessor.
Pendidik Minyak Zaitun Malaysia.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *