#18 SEJAK AZALI, MINYAK ZAITUN DIGUNAKAN UNTUK MEMASAK

FAKTA 17: SEJAK AZALI, MINYAK ZAITUN DIGUNAKAN UNTUK MEMASAK
Ada yang datang jumpa saya dan dengan yakinnya beritahu bahawa minyak zaitun tak sesuai untuk memasak.
Sedangkan sejak azali minyak zaitun digunakan untuk memasak. Sebabnya zaman dahulu mereka hanya sumber minyak yang datang dari buah zaitun.
ASPEK SEJARAH
Sejarah mencatatkan minyak dari buah zaitun digunakan untuk memasak sejak lebih 8,000 tahun lalu.
Mendapatkan minyak zaitun adalah lebih mudah bagi masyarakat di zaman itu kerana ia terhasil dari proses perahan tanpa perlu menggunakan sebarang mesin atau teknologi.
Minyak zaitun ni hasil perahan sahaja. Ambil buah, perah terus dapat minyak dan boleh guna.
Ia tidak sukar seperti minyak sayuran atau kekacang yang perlu diproses menggunakan mesin berteknologi tinggi.
Walaupun pada hari ini kita tahu dalam perahan itu ada air dan serdak selain minyak, pada zaman itu penggunaannya memang begitu sebab belum ada pun teknologi untuk memisahkan tiga elemen ini iaitu air, minyak dan serdak.
Belum ada lagi ilmu yang menyatakan air akan menyebabkan minyak rosak.
Tak ada siapa pun tahu pada waktu itu bahawa serdak akan menyebabkan minyak teroksida.
Yang mereka tahu sejak dahulu proses memerah minyak zaitun perlu dijauhkan dari sinar matahari.
Sebab itu lokasi memproses minyak zaitun ditemui di dalam gua – jauh dari cahaya dan udara panas. Itulah teknologi 8,000 tahun lalu.
Buah zaitun yang telah diperah disimpan dalam tembikar tanah liat dan ditutup. Cahaya matahari tak boleh masuk, suhu pun terkawal.
Dalam budaya kita pun guna Labu Sayong untuk pastikan air sentiasa sejuk walaupun cuaca di luar panas.
Saya sendiri pun pernah beli minyak zaitun datang dari Itali yang disimpan dalam bekas tanah liat.
Jadi kita kembali kepada point awal tadi iaitu minyak zaitun sejak azali digunakan untuk memasak, bukan untuk minum.
Pada zaman moden ini, sebab sudah ada penghasilan minyak zaitun kualiti premium yang tinggi kandungan polifinol, tinggi kandungan antioksida dan sebagainya maka minyak itu lebih sesuai untuk diambil secara terus.
Dahulu tak ada sebab orang guna untuk masak sahaja. Sekarang dah ada. Komuniti ini datang dari negara yang bukan pengeluar minyak zaitun contohnya Malaysia.
Oleh kerana harga produk minyak zaitun lebih mahal di Malaysia maka ia tidak digunakan sebagai bahan masakan dan digunakan sebagai supplemen kesihatan.
MELAWAN MITOS
Disebabkan ada yang menyebarkan dan percaya mitos yang menyatakan minyak zaitun tidak sesuai untuk memasak jadi saya gunakan peluang ini untuk menjawabnya.
Hujah yang mereka gunakan adalah minyak zaitun dikatakan akan bertukar sifat (smoke point) apabila mencapai suhu 210 darjah Celcius berbanding minyak sayuran yang hanya akan mencapai titik smoke point apabila mencapai suhu 240 darjah Celcius.
Minyak sayuran yang dimaksudkan ini termasuklah minyak bunga matahari, Canola, kelapa sawit dan sebagainya.
Bila dibandingkan seperti ini, nampak seperti minyak zaitun tak sesuailah digunakan untuk memasak.
Persoalan yang sepatutnya ditanyakan adalah berapakah suhu masakan di rumah?
Sebenarnya suhu yang kita gunakan untuk memasak hanyalah 160 darjah Celcius sahaja. Maka tiada masalahlah sebenarnya nak guna minyak zaitun atau minyak apa pun untuk masak.
FAKTOR KOS
Di Malaysia ini sebab harga minyak zaitun yang agak tinggi, maka nampak macam rugi kalau kita guna untuk semua jenis masakan. Kita ada pilihan minyak jenis lain yang lebih murah dalam pasaran.
Boleh kalau nak buat tetapi rugilah.
Sebagai penjual, saya pun tak cadang pengguna guna minyak zaitun untuk masakan yang menggunakan banyak minyak.
Jadi, nasihat saya kepada pengguna sekalian – bila nak beli minyak zaitun, belilah ikut kegunaan.
Kalau nak masak, beli minyak zaitun yang sesuai untuk masak, guna Virgin Olive Oil pun dah cukup dah.
Kalau nak minum, gunalah Extra Virgin Olive Oil.
Soalan saya sekarang, pernahkah anda jumpa Virgin Olive Oil dijual dalam pasaraya-pasaraya di Malaysia?
Kalau anda jumpa, tunjukkan kepada saya di mana yang ada.
Kalau tak jumpa, tanyalah kenapa tak ada jual ya?
Nazran Abd Mutalib
Certified Olive Oil Sommelier & Olive Oil Quality Assessor.
Pendidik Minyak Zaitun Malaysia.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *