#19 MINYAK HACK – BELI MINYAK IKUT KEGUNAAN ANDA

FAKTA 18: MINYAK HACK – BELI MINYAK IKUT KEGUNAAN ANDA
Hari ini hari saya dan tim menguruskan program selama dua hari untuk menghargai pengguna minyak zaitun First Harvest di pejabat kami di Seksyen 13, Shah Alam.
Tapi itu tidak bermakna saya akan ambil cuti dari kempen #MerdekaZaitun. Hari ini sudah masuk hari ke-19 perkongsian fakta-fakta penting bagi pengguna minyak zaitun di Malaysia.
Semalam saya ada cerita tentang kepentingan untuk membeli minyak zaitun berdasarkan penggunaan.
Sebenarnya ini bukan hanya terpakai pada minyak zaitun sahaja. Apa minyak pun yang anda beli, rancanglah penggunaannya terlebih dahulu agar anda dapat khasiat yang optimum.
AMBIL TERUS vs MASAK
Semalam saya ada sebut, kerana harga minyak zaitun di Malaysia ini lebih mahal daripada minyak-minyak yang lain, pengguna perlu merancang pembelian berdasarkan penggunaan.
Untuk pengambilan secara terus gunalah minyak Extra Virgin dan kalau hanya untuk memasak, minyak Virgin sudah memadai.
Harganya juga berbeza. Minyak Extra Virgin memang dijual lebih mahal sebab ia dianggap sebagai suplemen, untuk permakanan kesihatan. Ia tinggi anti-oksidan, tinggi polifinol dan sebagainya.
Untuk masak tak perlu Extra Virgin pun. Guna Virgin Olive Oil pun dah cukup.
MANA VIRGIN OLIVE OIL?
Isu kita di sini adalah di pasaraya tak ada jual Virgin Olive Oil. Jika ada, tunjukkan kepada saya.
Di pasaraya kita hanya ada dua jenis minyak zaitun yang dijual iaitu sama ada Extra Virgin atau refine.
Penjual di Malaysia memilih Extra Virgin supaya mereka boleh jual mahal.
Minyak refine yang berbahaya kepada pengguna itu pula dijual di pasaran sebab boleh dijual dengan harga harga yang murah.
Yang kategori tengah-tengah iaitu Virgin Olive Oil tak dijual sebab mereka tak boleh manipulasi harga.
Maka sebagai pengguna bijak, carilah penjual yang tawarkan kedua-dua jenis Extra Virgin dan Virgin.
Lari jauh-jauh dari minyak refine ya!
MINYAK BERDASARKAN KEGUNAAN
Memang kalau kita bandingkan harga minyak zaitun dengan minyak-minyak sayuran yang lain, harganya memang lebih mahal.
Badan kita perlukan semua jenis lemak. Perlu minyak zaitun, minyak kelapa dara, perlu minyak sawit, perlu minyak sawit merah.
Untuk hemat belanja barang dapur, pelbagaikanlah jenis minyak yang ada di rumah kita. Ada banyak minyak yang ada di pasaran.
Dari sudut ekonomi, gunalah minyak mahal untuk makanan tak perlu minyak banyak seperti stir fry dan tumisan gunalah minyak zaitun.
Minyak zaitun boleh kita guna untuk goreng bahan-bahan yang mempunyai rasa yang lembut seperti telur, ikan isi putih dan sayur sayuran.
Nak goreng ikan bilis, nak goreng keropok atau apa-apa masakan guna minyak yang banyak, gunakanlah minyak yang paling murah iaitu minyak kelapa sawit.
Makanan berlemak seperti daging goreng, daging masak kicap atau kari daging boleh guna minyak kelapa dara, itu paling baik.
Minyak sawit merah kalau kita guna masak sayur, buruk rupa masakan kita jadi kita guna ia untuk masak kari, masakan yang berkuah warna kemerahan. Buat nasi goreng pun boleh juga.
Penggunaan minyak akan memberi kesan kepada rasa makanan. Kalau kita guna minyak sawit merah untuk goreng telur, pertama rupa telur itu akan pelik dan kedua rasanya akan berbeza.
Kitalah yang kena pandai guna minyak yang berbeza untuk jenis makanan yang berbeza. Kena faham cara elemen keperluan dan rasional kos di sebaliknya.
Pesan akhir saya – Beli ikut kegunaan, pilih ikut masakan.
Nazran Abd Mutalib
Certified Olive Oil Sommelier & Olive Oil Quality Assessor.
Pendidik Minyak Zaitun Malaysia.
p.s. :
Di negara Arab mereka tak beli pun minyak zaitun kualiti premium sebab bagi mereka, minyak ini hanya guna untuk masak sahaja. Mereka guna minyak Virgin sahaja. Harganya murah bagi mereka.
Sebab itu orang-orang Arab ni gelak je bila lihat orang Malaysia minum minyak zaitun. Pada mereka ia minyak murah.
Orang Malaysia tak mampu nak guna minyak zaitun macam orang arab guna sebab faktor harga.
Walaupun ada juga orang arab guna minyak sawit, tapi minyak sawit itu pun murah untuk mereka walaupun minyak itu diimport.
Virgin oil is a cultural thing for them. Its an everyday thing.
Sebab itu di Timur Tengah pun mereka kurang cakna tentang khasiat minyak zaitun. Kita di sini tahu lebih sebab bagi kita ia adalah makanan kesihatan. Jadi kita buat lebih pembacaan dan cari lebih banyak ilmu.
Tuan Puan guna minyak zaitun apa untuk memasak ?

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *