#23 DUA LAGI CARA KREATIF GUNA MINYAK ZAITUN

FAKTA 22: DUA LAGI CARA KREATIF GUNA MINYAK ZAITUN (SELAGI IA BELUM TAMAT TEMPOH)
Semalam kita buka topik empat cara mudah/ kreatif guna minyak zaitun. Saya cerita tentang meminum minyak secara terus dan sebagai ‘dressing’ kepada makanan.
Hari ini kita nak bincang tentang dua lagi cara penggunaan iaitu sebagai ramuan dalam masakan dan sapuan/kegunaan luar.
3. SEBAGAI BAHAN MASAKAN.
Kita dah sentuh dalam artikel sebelum ini (Fakta 17 pada 18 Ogos) bahawa minyak zaitun memang digunakan sejak azali sebagai bahan masakan sejak 8,000 tahun lalu.
Walaupun ada yang kata minyak zaitun tidak sesuai untuk masakan, fakta saintifik membuktikan bahawa suhu masakan adalah sekitar 160 darjah celcius manakala minyak zaitun boleh digunakan sehingga 210 darjah celcius.
Jadi janganlah segan untuk guna minyak zaitun dalam masakan. Tak kiralah untuk tumisan, gorengan, rebusan, memanggang atau apa sahaja, ia sesuai untuk hidangan anda.
Sebaiknya campurkan juga 1 atau 2 sudu Minyak Zaitun ke dalam makanan yang telah siap di masak, ini adalah bagi menggantikan khasiat antioksidan yang hilang semasa makanan tersebut dimasak dengan suhu melebih 100 darjah celcius.
Inilah yang dipraktikkan oleh penduduk di negara barat, Mediterranean dan Timur Tengah.
Antara amalan yang terbaik ialah menggunakan minyak maitun sebagai pencicah.
Campurkan sedikit cuka buah, rempah ratus seperti zaatar, oregano, rosmari atau lada hitam kemudiannya dicicah dengan roti dari jenis yang anda gemari.
Minyak Zaitun juga boleh digunakan sebagai pengganti mentega atau marjerin.
.
4. SAPUAN DAN KEGUNAAN LUAR.
Minyak zaitun Extra Virgin mempunyai pelbagai khasiat yang baik untuk kesihatan kulit, rambut, sendi dan banyak lagi.
Sapukan Minyak zaitun dimana mana bahagian dan tubuh badan bagi membantu masalah kesihatan kulit seperti kulit kering, keradangan, Eczema, parut, kesan luka terbakar, masalah sendi, lutut, pinggang dan bahagian anggota badan yang lain.
Ia juga digunakan sebagai sapuan pada rambut dengan tujuan melebat serta menghitamkan rambut. Ianya juga digunakan bagi membantu masalah keguguran rambut.
Satu perkara yang nak saya tegaskan tentang menyapu apa-apa bahan pada kulit adalah JANGAN sapu bahan yang tak boleh kita makan/minum ke kulit.
Untuk makan kita cari benda organik. Kita tak mahu makan benda yang memudaratkan tetapi kenapa bila sebut tentang bahan sapuan ke kulit, kita boleh terima penggunaan racun, steroid dan sebagainya?
Apa sahaja yang kita sapu pada kulit, ia akan masuk ke sistem badan kita.
Bila sesuatu bahan itu akan rosakkan badan, tak kiralah kita ambil secara minum atau secara sapuan di atas kulit ia tetap akan memberi kesan buruk kepada badan kita.
Sabun yang dibuat dari minyak zaitun, kalau termakan pun tiada masalah sebab ia tidak memudaratkan. Bahkan ia mempunyai expiry date sama dengan minyak zaitun.
Ada yang tanya, boleh tak saya guna minyak zaitun yang dibuat khusus untuk rambut?
Saya tanya balik, apa beza minyak zaitun untuk rambut dengan yang diguna untuk makan? Ada bahan tambahan lainkah? Jika ada, apa bahan tambahannya?
Biasanya orang tambah pewangi. Orang letak pewangi tu sebab bau asli minyak zaitun memang tak sedap.
Kalau tambah pewangi dari sumber minyak yang organik, tiada masalah. Sapulah pada rambut.
Tapi kalau ambil pewangi Lavender kimia, campur dengan minyak zaitun kemudian diletak pada rambut, bayangkan apa yang akan jadi pada rambut kita?
Jadi seperti saya sebut tadi, gunalah minyak zaitun yang dicampur dengan essential oi dari jenis yang boleh diminum.
Untuk bayi pula kita letak macam-macam losyen. Apa bahan dalam losyen? Bahan kimia.
Gantilah dengan minyak asli seperti minyak zaitun, minyak kelapa, atau lain-lain. Untuk kebaikan anak-anak kita juga
Kesimpulan di sini adalah kalau sesuatu bahan itu tak boleh diambil secara terus, janganlah pula kita gunakan ia untuk sapuan kepada kulit.
Akibat buruknya tetap kita akan terima tak kira apa cara ia masuk ke badan kita.
Ini termasuklah minyak zaitun yang sudah tamat tempoh. Ia sudah tidak sesuai diminum bererti ia juga tidak sesuai untuk diguna untuk sapuan.
Nazran Abd Mutalib
Certified Olive Oil Sommelier & Olive Oil Quality Assessor.
Pendidik Minyak Zaitun Malaysia.
p.s. :
Essential oil pun ada jenis yang boleh minum, ada yang tidak boleh. Yang tak boleh kenapa? Kenapa nak guna jenis yang tak boleh atas kulit atau bauan?
Minyak wangi Dubai yang banyak orang suka itu, ia adalah air yang diletak pewangi. Tiada kesan kepada kesan kepada kulit.
Jadi sebenarnya kita boleh buat pilihan sama ada nak guna pewangi Dubai atau pewangi kimia. Kita tahu yang mana sebenarnya lebih baik untuk badan kita.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *