FAKTA 21: EMPAT CARA MUDAH GUNA MINYAK ZAITUN

Secara umum, ramai yang setuju bahawa minyak zaitun berkhasiat tetapi tak ramai yang tahu kepelbagaian kaedah untuk menggunakannya.
Empat cara untuk guna minyak adalah:
i. Minum Secara Terus
ii. Campurkan Bersama Makanan
iii. Sebagai Ramuan Dalam Masakan
iv. Sapuan Dan Kegunaan Luar
Untuk mudahkan penghadaman maklumat, hari ni saya jelaskan dahulu dua cara dan esok saya akan jelaskan lagi dua ya.
1. MINUM SECARA TERUS
Kita sudah bincang dari awal kempen #MerdekaZaitun bahawa dengan teknologi terkini hasil perahan sejuk minyak zaitun dapat dikategorikan kepada tiga; Extra Virgin, Virgin dan Lampante.
Extra Virgin sesuai untuk diambil secara terus.
Khasiatnya lebih berbanding Virgin oil namun kerana harganya yang lebih mahal, sebagai penjual saya tidak cadangkan ia digunakan dalam masakan (boleh sahaja kalau mahu) kerana kita ada pilihan lebih murah iaitu Virgin Olive Oil.
Minyak zaitun Extra Virgin boleh diminum secara terus dengan sudu bagi memastikan semua kandungan khasiat Minyak Zaitun itu dapat diserap dengan lebih efektif oleh tubuh badan.
Pun begitu kita tahu tak semua orang mampu untuk ambil minyak zaitun secara terus sebab baunya tak berapa sedap dan bukanlah kebiasaan orang kita untuk telan minyak secara terus.
Berapa dos minyak zaitun kita nak ambil sehari?
FDA menyarankan dos sebanyak 2 sudu besar sehari bagi tujuan penjagaan kesihatan harian. Ambil satu sudu besar sebelum sarapan pagi dan satu sudu besar lagi sebelum tidur malam.
Boleh juga untuk diambil terus 2 sudu besar pada waktu pagi.
Bagi mereka yang mempunyai masalah kesihatan pula, dos pengambilan perlu ditambah mengikut keadaan dan kesesuaian kesihatan individu tersebut dimana jumlah pengambilan boleh digandakan kepada 4 sudu besar sehari.
Kalau ragu-ragu, boleh hubungi doktor anda untuk dapatkan kepastian.
.
2. DICAMPUR DALAM MAKANAN
Banyak orang tidak tahu tentang teknik mencampur minyak zaitun dalam makanan.
Biasanya bila minyak zaitun sahaja, orang terus ingat tentang ‘dressing’. Sebut sahaja tentang campuran akhir atau dressing, kita selalu sahaja ingat ia hanya sesuai untuk salad, sedangkan ia sebenarnya lebih daripada itu.
Berapa kerat sahaja orang Melayu makan salad di rumah. Dan kalau makan pun biasanya dressing yang mereka guna adalah thousand island, bukannya minyak zaitun.
Bila sebut dressing dalam konteks lokal kita, yang perlu kita buat adalah campurkan minyak zaitun itu sebagai bahan akhir dalam masakan kitalah.
Tak kira apa pun yang kita masak, boleh campur minyak zaitun ke dalamnya.
Kerana sifat minyak zaitun Extra Virgin yang boleh diambil secara terus, kita boleh mengambil minyak zaitun dengan cara yang lebih kreatif dengan mencampurkannya dalam makanan.
Yang saya maksudkan di sini adalah bukan menggunakan minyak itu sebagai bahan masakan tetapi selepas makanan siap dimasak barulah kita masukkan satu atau dua sudu besar minyak zaitun ke dalam makanan itu.
Dengan cara ini khasiat minyak zaitun dapat dikongsi seisi keluarga. Mereka ambil minyak zaitun tanpa sedar tapi dapat nikmati khasiat yang diperlukan.
Teknik ini boleh diguna untuk makanan panas atau sejuk. Boleh guna cara ini untuk sup, kari, gulai, rendang, masak merah, masak kicap, masak lemak, sayur rebus…apa sahajalah makanan asalkan ada kuah.
Masukkan dalam makanan bergoreng pun boleh. Spaghetti, mee, bihun, ayam, ikan, daging, sayur semua boleh.
Nak masukkan dalam jus atau smoothie pun boleh.
Campur bersama ulam pun boleh…salad, kerabu, puri buah, puri sayuran, sambal, air asam, pencicah…boleh sahaja semuanya!
Jadi lapar pula dok bercakap pasal makanan. Soru dulu!
Nazran Abd Mutalib
Certified Olive Oil Sommelier & Olive Oil Quality Assessor.
Pendidik Minyak Zaitun Malaysia.