#24 KULIT MELECUR, EKZEMA & KESAN PARUT: MINYAK ZAITUN BOLEH BANTU.

FAKTA 23: KULIT MELECUR, EKZEMA & KESAN PARUT: MINYAK ZAITUN BOLEH BANTU.
Banyak yang orang tak tahu bahwa minyak zaitun amat berkesan kepada kulit cedera akibat kesan terbakar.
Hal ini pernah ditulis Olive Oil Times. Putan artikel ada di ruang komen.
MINYAK ZAITUN DAN LUKA TERBAKAR
Kalau kulit kita melecur akibat terbakar, terkena benda panas atau minyak panas, daripada kita lalukan ia di bawah air mengalir untuk menyejukkannya ia juga menyebabkan kulit terdedah kepada jangkitan bakteria.
Bila kita tengok kulit jadi menggelembung itu adalah akibat jangkitan.
Jadi satu tip mengguna minyak zaitun dalam situasi ini adalah bila sahaja kena benda panas, cepat-cepatlah guna minyak zaitun.
Sebab itulah pada waktu dahulu minyak zaitun ini dijual oleh farmasi sebagai komponen bantuan kecemasan (first aid).
Zaman dahulu farmasi memang hanya jual ubat, tak seperti hari ini ada jual makanan dan barang runcit lain.
Jadi walaupun minyak zaitun itu sebenarnya bahan makanan tetapi ia boleh dijual di farmasi kerana ia dianggap sebagai keperluan perubatan.
Ada juga beberapa hospital di Kuala Lumpur yang gunakan minyak zaitun untuk pesakit yang mengalami kecederaan terbakar.
Minyak zaitun juga efisien untuk mempercepatkan penyembuhan mangsa kecederaan terbakar melalui penggalakan tumbuhnya sel kulit baharu.
Untuk itu, mereka dinasihatkan mangambil minyak zaitun dalam permakanan dan menyapu minyak zaitun pada luka.
IKHTIAR EKZEMA
Bagi penghidap Ekzema, pengambilan steroid hanyalah penyelesaian jangka pendek. Sebaik sahaja kesan steroid hilang, kesannya akan kembali.
Oleh itu pengambilan minyak zaitun adalah satu daripada ikhtiar yang boleh diambil.
Walaupun ada banyak jenis minyak yang boleh diambil bagi tujuan sama, kajian menunjukkan tahap efisyen minyak zaitun berada di tempat teratas.
RAWAT PARUT
Minyak zaitun mempunyai kandungan Vitamin E yang tinggi. Sebab itu ia membantu pemulihan parut.
Keadaan ini juga terpakai bagi individu yang kena demam campak. mengalami masalah parut kerana minyak zaitun boleh membantu proses pemulihan.
Kalau perasan bagi orang yang kena demam campak, doktor cadangkan beli satu jenis minyak ini. Bila kita lihat ramuannya, rupanya minyak zaitun yang dicampur dengan beberapa bahan lain, haha!
KEGUNAAN LAIN
Jadi hari ini kita belajar tiga lagi kegunaan minyak zaitun secara luaran. Suka saya senaraikan beberapa lagi kegunaan untuk panduan pembaca. Tak sempat nak jelaskan semuanya hari ini.
i. Bayi yang baru lahir boleh mendapat khasiat minyak zaitun apabila ibu mengambil minyak zaitun dan menyusukan bayi.
ii. Ia baik untuk sapuan pada kulit dan rambut bayi.
iii. Bayi boleh mula ambil minyak zaitun selepas enam bulan, ketika mereka sudah boleh ambil makanan dalam bentuk pepejal.
iv. Kalau berlaku luka, guna minyak zaitun untuk bantu hentikan pendarahan. Ia lebih bersih dan selamat berbanding penggunaan bahan lain seperti serbuk kopi.
v. Keluarga yang kreatif boleh merancang penggunaan minyak zaitun secara tidak langsung dengan mencampurkan minyak sebagai ramuan terakhir dalam masakan.
Dengan cara ini seluruh ahli keluarga dapat khasiat dan kebaikan daripada minyak zaitun yang diambil.
Jom ambil minyak zaitun!
Nazran Abd Mutalib
Certified Olive Oil Sommelier & Olive Oil Quality Assessor.
Pendidik Minyak Zaitun Malaysia.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *