FAKTA 24: AMALAN FAIRTRADE UBAH NASIB PETANI

Biasa tak kita dengar isu petani tertindas, orang tengah ambil untung besar, dan kualiti pertanian yang rendah akibat penjimatan kos melampau untuk menurunkan harga?
Harga bahan pertanian biasanya naik-turun mengikut permintaan pasaran.
Petani risau tak dapat jual hasil. Bila barang dah rosak, tak ada siapa lagi yang nak beli.
Percaya tak kalau saya kata ada penyelesaian terhadap isu ini dan di Palestin ia sudah tebukti menaikkan taraf petani dari terpuruk kepada premium?
Inilah rahsia di sebalik amalan FAIR TRADE.
Untuk mudah cerita, amalan ini berteraskan kepada keadilan dan ketelusan dalam transaksi.
Adil maksudnya semua pihak yang terlibat di setiap proses penyediaan produk dari bahan mentah sehingga ia sampai ke tangan pengguna mendapat layanan dan bayaran yang setimpal dengan kerja mereka.
Telus pula bermaksud semua proses di atas direkod dengan baik sehingga membolehkan kita mengetahui siapa di sebalik setiap proses. Dalam Bahasa Inggeris ia dipanggil ‘traceability’.
Dengan amalan fair trade, nasib petani terbela kerana kilang yang mengamalkan fair trade bersedia untuk membeli hasil tanaman dengan harga yang lebih mahal daripada pasaran sebagai imbuhan amalan pertanian berkualiti tinggi.
Yang akhirnya untung dalam amalan ini adalah semua pihak daripada petani sampai pengguna.
Petani akan mengamalkan pertanian mengikut piawaian tinggi, menghasilkan bahan mentah yang berkualiti, dijual kepada kepada pengilang dengan harga yang tinggi.
Perasan tak kenapa saya tulis petani jual kepada pengilang?
Sebab dalam amalan fair trade, orang tengah tidak wujud.
Pengilang pula, mereka dapat pastikan setiap bahan mentah yang mereka dapat berkualiti tinggi. Dengan itu mereka boleh menghasilkan produk yang berkualiti tinggi dan dapat dijual dengan harga lebih tinggi di pasaran.
Dengan cara ini, pengguna kini mempunyai pilihan sama ada untuk terus membeli produk berkualiti rendah dengan harga yang murah dan akhirnya memberi kesan kepada kesihatan mereka,
Atau memilih untuk berbelanja lebih bagi mendapatkan produk yang benar-benar terjamin kualitinya dari proses awal hingga akhir.
Pengguna juga dapat mengelakkan beban moral akibat menggunakan produk yang dihasilkan dengan cara memeras orang-orang kecil, khususnya petani yang selalu menjadi mangsa peniaga besar.
Di Palestin, dahulu pekebun zaitun selalu dimainkan oleh peraih dari negara jiran (bukan Israel). Peraih menunggu hingga hasil tuaian hampir rosak barulah mereka beli dengan harga yang murah.
Petani pula, daripada tak dapat jual langsung hasil kebun mereka, terpaksalah terima sahaja apa yang ditawarkan.
Sama dengan situasi di Malaysia, betul tak?
Sebab itu pada tahun 2004, Palestinian Fair Trade Association diasaskan dan sejak itu mereka mengubah landskap pertanian di sana 180 darjah!
Petani yang dahulunya tertindas, kini bangga menjadi pengeluar buah zaitun premium. Mereka amalkan pertanian dengan ‘good practice’ yang tinggi!
Orang tak pandang lekeh dah pada petani seperti 20 tahun dahulu.
Pihak kilang pula tidak ragu-ragu dengan kualiti bahan mentah. Mereka bayar mahal untuk hasil petani. Sebab inilah minyak zaitun dari Palestin patuh piawaian ketat dunia seperti JAS dan EU Organics.
Hasilnya, produk minyak zaitun dari Palestin dijual sebagai produk berkualiti premium di lebih 35 negara di seluruh dunia!
Bayangkan situasi ini berlaku di Malaysia. Berapa banyak petani kita akan hidup lebih selesa.
Dalam amalan fair trade, EVERYBODY IS HAPPY BECAUSE EVERYBODY IS WELL COMPENSATED.
Pesan akhir saya, dalam usaha kita cari minyak zaitun yang organik, yang halal dan yang patuh piawaian kesihatan, jangan lupa untuk pastikan minyak zaitun yang anda guna patuh amalan fair trade.
Fikirkan nasib pertani. Bantu mereka dengan cara ini.
Nazran Abd Mutalib
Certified Olive Oil Sommelier & Olive Oil Quality Assessor.
Pendidik Minyak Zaitun Malaysia.