#27 USAHAWAN MUSLIM PALESTIN SANGGUP TAMPUNG KOS TINGGI DARIPADA BERURUSAN DENGAN PIHAK ISRAEL

FAKTA 26: USAHAWAN MUSLIM PALESTIN SANGGUP TAMPUNG KOS TINGGI DARIPADA BERURUSAN DENGAN PIHAK ISRAEL
Daripada aspek perniagaan, sempadan yang jelas antara kawasan Palestin dan kawasan yang dijajah pendatang Israel membolehkan aktiviti bisnes berlaku secara bebas dalam kawasan masing-masing.
HASIL PERNIAGAAN MENYUMBANG KEMANDIRIAN PALESTIN
Di Tebing Barat, kehidupan seharian berjalan seperti biasa.
Hasilnya, sesetengah bidang ekonomi berjalan dengan rancak sehingga kita dapat lihat produk Palestin dapat dieksport ke negara-negara maju di serata dunia seperti Amerika, Eropah, United Kingdom dan negara-negara lain di Timur Tengah.
Produk tanaman yang banyak dieksport adalah minyak zaitun, diikuti tanaman lain seperti almond dan buah-buahan.
Tumpuan utama kekacauan berlaku di kawasan Gaza. Ia dikawal ketat penjajah Israel. Tidak boleh masuk keluar sesuka hati. Pintu Rafah ke Mesir juga ditutup sepanjang tahun kecuali beberapa hari setahun.
Bila ada kekacauan berlaku, ia hanya melibatkan kawasan itu sahaja dan tidak mengganggu-gugat ekonomi Palestin.
Pun begitu, kebelakangan ini memang ada berlaku kekacauan di sebelah Tebing Barat seperti di Jenin. Namun skalanya berbeza daripada Gaza atas pelbagai faktor yang saya boleh ceritakan kemudian.
Kawasan Tebing Barat yang jauh lebih besar dari Gaza dihuni oleh golongan muslim. Di sinilah berlaku pelbagai aktiviti ekonomi seperti perusahaan, perniagaan runcit dan borong.
Hari ini, kerajaan Palestin tidak lagi mengharapkan bantuan kewangan pihak luar untuk mentadbir negara. Mereka sudah mampu berdiri atas kaki sendiri hasil kutipan cukai.
Daripada aktiviti perniagaan, cukai dikutip untuk menguruskan negara dan menyediakan kemudahan bagi rakyat Palestin seperti air, elektrik dan sebagainya.
USAHAWAN PALESTIN SATU HATI BOIKOT ISRAEL
Ahli perniagaan dan pegusaha yang paling hormat adalah dari Palestin. Mereka berusaha dalam kesusahan dan kesulitan berkali-ganda berbanding usahawan lain dari seluruh dunia.
Antara kesulitan yang mereka hadapi adalah untuk mendapatkan sumber bahan mentah, mendapatkan pekerja terlatih, dan untuk mendapatkan sumber tenaga elektrik yang stabil sepanjang masa.
Tidak lupa juga, kesukaran mendapatkan sumber air yang mencukupi sepanjang masa. Bagi industri minyak zaitun, pengusaha memerlukan bekalan air yang banyak untuk mencuci buah zaitun dan proses-proses lain
Kesulitan-kesulitan ini menjadikan usahawan Palestin lebih cekal, semangatnya lebih tinggi, jati dirinya lebih kuat berbanding usahawan negara lain yang ditaburkan dengan pelbagai kemudahan, bantuan dan latihan.
Problem soving mereka bertaraf world class. They can overcome everything. Sebagai contoh, bila mereka tidak mahu menggunakan pelabuhan Israel seperti Haifa dan Ashdod untuk mengeksport produk, mereka pilih alternatif menggunakan pelabuhan di Jordan iaitu Aqaba.
Walaupun dari segi kos, menggunakan pelabuhan Israel jauh lebih murah kerana ia dekat dengan Tebing Barat dan bandar-bandar perindustrian Palestin seperti Nablus dan Ramallah, tetapi pengusaha Islam Palestin memilih pelabuhan di Jordan walaupun jaraknya lebih jauh dan kosnya lebih tinggi.
Bagi mereka, mereka akan mengutamakan perkhidmatan yang ditawarkan syarikat milik orang Islam dan memboikot perkhidmatan logisitik oleh syarikat Israel.
Pengusaha Islam Palestin hanya menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan pengusaha Islam Palestin yang lain atau pengusaha Islam dari Jordan.
Mereka tidak guna perkhidmatan logistik milik Israel, kontena milik Israel atau kapal-kapal milik Israel sebagai syarikat ZIM Line (yang kontenanya boleh kita lihat di Malaysia).
DIASPORA PALESTIN ‘PULANG KAMPUNG’
Sebenarnya pertumbuhan ekonomi di Palestin semakin hari semakin berkembang dengan rancak. Pembukaan kilang dan syarikat pengeluaran baru, pembukaan ladang-ladang baru berlaku dengan pesat di sana.
Kitaran wang dalam ekonomi tempatan yang semakin meningkat turut menarik minat diaspora warga Palestin untuk kembali ke tanah air dan berkhidmat di Palestin sama ada di ladang-ladang tanaman dan syarikat tempatan.
Mereka ini adalah tenaga kerja terlatih yang amat diperlukan industri tempatan yang selama ini tingal di Amerika, Kanada, Eropah, termasuk yang dahulunya tinggal di negara Timur Tengah yang lain.
Ada cahaya yang sedang terbit dari sana. Nantikan!
Nazran Abd Mutalib
Certified Olive Oil Sommelier & Olive Oil Quality Assessor.
Pendidik Minyak Zaitun Malaysia.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *