#29 ZAITUN – TANAMAN BERKAH DARI PALESTIN UNTUK DUNIA

FAKTA 28: ZAITUN – TANAMAN BERKAH DARI PALESTIN UNTUK DUNIA
Sejak berkecimpung dalam dunia minyak zaitun bermula 2004 sebagai pengguna tegar, saya membina minat mendalam terhadap minyak zaitun.
Bila tiba saatnya untuk memulakan perniagaan sendiri, minyak zaitun menjadi produk pilihan saya kerana saya dapat lihat potensi penggunaan minyak zaitun di Malaysia dan bagaimana ia boleh membantu meningkatkan tahap kesihatan semua rakyat Malaysia.
Bermula dari minat itu saya dapat lihat perbezaan antara jenis minyak zaitun. Bila saya melawat ke beberapa buah negara saya berpeluang membeli minyak zaitun dari pelbagai negara pengeluar minyak zaitun.
Saya mendapati ada perbezaan pada ciri-ciri khas pada minyak zaitun dari negara berlainan. Beza dari segi rasa, bau dan sebagainya.
Minat yang semakin mendalam akhirnya membawa saya ke Valencia, Sepanyol untuk menimba ilmu secara formal mengenai minyak zaitun.
Bagi saya keputusan ini penting untuk membuat pilihan minyak zaitun yang betul dan agar saya boleh berkongsi maklumat yang betul dengan para pengguna.
DITURUNKAN DI PALESTIN
Dalam pengajian di sana, saya belajar bahawa dalam dunia ini ada lebih 2,000 jenis pokok zaitun di pelbagai negara dengan pelbagai nama.
Saya baca dan kaji lagi dan hanya setelah merujuk kepada kitab suci Al-Quran saya faham bahawa pokok zaitun ini diturunkan Allah S.W.T di Palestin, lebih tepat lagi di bumi Baitulmuqaddis.
Yang menariknya, ada beberapa hal penting berkaitan zaitun di Palestin seperti adanya bukit yang dinamakan ‘Jabal Zaitun’ atau ‘Mount Olive’.
Ditambah pula lagi dengan peninggalan pokok zaitun tertua di dunia berusia 5,500 tahun di Palestin yang masih hidup di Kampung Al-Walaja, tidak jauh dari Jurusalem.
Pokok Zaitun  tertua di dunia di bandar Bethlehem. Umur pokok Zaitun ini dianggarkan kira-kira 5500 tahun dan saiznya meliputi lebih daripada 250-meter persegi.
Umur pokok ini dikira oleh saintis dari Jepun dan Itali menggunakan teknik ujian DNA carbon dating.
Dengan tiga faktor ini maka naluri saya makin kuat menyatakan tempat utama untuk mendapatkan minyak zaitun berkualiti adalah di Palestin.
Bagi saya, kalau pokok itu memang diturunkan Palestin, takkanlah Allah akan jadikan dijadikan pokok di Turki atau di Sepanyol lebih bagus, betul tak?
DARI TIGA MENJADI RIBUAN
Di Palestin hanya ada tiga jenis pokok zaitun iaitu Nabali, Rumi dan Soory berbanding jumlah di Sepanyol (250 jenis) atau Mediterranean (500 jenis),
Tahu tak, semua spesis yang ada di Sepanyol, Turki dan Mediterranean itu sebenarnya adalah hasil kacukan daripada tiga jenis pokok asal di Palestin?
Mereka hasil proses cantuman/cross breeding. Dari tiga menjadi sembilan kemudian terus berganda sampai jumlah yang ada hari ini.
Setiap tahun akan ada jenis pokok zaitun baru yang hanya akan diberi nama menggunakan nombor, sama macam buah durian. Mereka dipanggil sebagai pokok zaitun hibrid.
Dengan itu terbinalah keyakinan saya bahawa sumber minyak zaitun terbaik adalah dari tempat asalnya di Palestin.
Di sebalik semua yang saya jelaskan di atas, dalam era hari ini tempat asal sahaja tidak boleh menjamin kualiti terbaik.
Pengusaha minyak zaitun perlu mampu menghasilkan minyak zaitun yang berkualiti tinggi bermula dari penggunaan buah zaitun yang berkualiti tinggi kemudiannya melalui proses-proses yang telah ditetapkan dan mematuhi standard dan piawaian IOC bagi menghasilkan produk bertaraf dunia.
Di sinilah perlunya pensijilan organik, pematuhan fair trade, menggunakan suntikan nitrogen, penggunaan botol kalis sinar UV dan sebagainya.
Dalam kata mudah, produk zaitun yang bagus bukan hanya kerana ia datang dari Palestin,
Ia juga perlu mempunyai kualiti tinggi dan patuh piawaian antarabangsa.
Akhir kata,
Tanah Palestin tanah berkah.
Pokok zaitun adalah pohon berkah.
Zaitun adalah tanaman berkah di tanah berkah, dikurniakan Allah kepada seluruh umat manusia.
Nazran Abd Mutalib
Certified Olive Oil Sommelier & Olive Oil Quality Assessor.
Pendidik Minyak Zaitun Malaysia.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *