#5 Cahaya Adalah Musuh Nombor Satu Bagi Minyak Zaitun

FAKTA 4: Cahaya Adalah Musuh Nombor Satu Bagi Minyak Zaitun
Musuh ketat minyak zaitun adalah cahaya.
Minyak Zaitun dalam botol kaca cerah.
Soalan yang perlu kita tanya adalah, cahaya apa? Cahaya lampu ke, cahaya matahari ke?
Sebenarnya cahaya ni ada banyak jenis.
Cahaya memudaratkan minyak zaitun kerana dalam cahaya ada sinar UV dalam Bahasa Inggeris disebut ultra violet atau dalam Bahasa Malaysia, ultraungu.
Sinar UV dihasilkan oleh matahari dan juga lampu kalimantang (fluorescent lamp) yang terdapat di kebanyakan rumah.
Setahu saya lampu LED tiada masalah dengan minyak zaitun. Rumah kita pula tak semuanya guna lampu LED.
Penting untuk kita faham tentang sinar UV dan kesannya terhadap minyak zaitun kalau kita betul-betul bersungguh nak menjadi pengguna minyak zaitun.
Bila minyak zaitun terdedah kepada udara, tindak balas yang berlaku dinamakan oksidasi.
Manakala apabila minyak zaitun terdedah kepada cahaya yang mengandungi sinar UV, akan berlaku tindak balas kimia yang dipanggil ‘photo-oxidation’.
Minyak zaitun yang terdedah kepada cahaya akan teroksida melalui proses photo-oxidation yang mengakibatkan ia bertukar sifat.
Baunya akan berubah, rasa akan berubah, warna minyak zaitun juga akan berubah dan perubahan ini akhirnya akan menghasilkan radikal bebas (free radical)
Apa itu ‘free radical’?
Ia disebut sebagai sel jahat yang dihasilkan dalam badan kita dan dihasilkan melalui proses oksidasi.
Ertinya bila kita makan atau minum minyak zaitun yang telah teroksida, kita sebenarnya memasukkan radikal bebas ke dalam badan kita.
Daripada niat kita nak makan dan dapatkan khasiat, rupa-rupanya kita memberi racun kepada badan sendiri. Sayangnya…
Nak tahu betapa tak eloknya radikal bebas ini, ia adalah bahan yang ditemui dalam asap kereta, racun perosak, alkohol dan rokok.
Radikal bebas juga boleh dihasilkan oleh tubuh kita sendiri bila kita berada dalam keadaan stress.
Apa keburukan radikal bebas?
Ia adalah sel jahat yang akan membunuh sel baik dalam badan.
Radikal bebas juga adalah punca kepada penyakit kanser dan serangan jantung.
Kaitan antara minyak zaitun dan radikal bebas ini jarang dibincangkan secara bersama.
Ini kerana isu radikal adalah satu cabang ilmu yang tersendiri manakala kesan oksida minyak zaitun pula adalah satu cabang ilmunya yang tersendiri.
Di sinilah datangnya peranan saya merasa terpanggil, sebagai individu yang mempunyai pengetahuan untuk berkongsi ilmu dengan warga masyarakat.
Harapan saya, dengan pengetahuan yang betul anda sebagai pengguna boleh membuat keputusan yang betul demi kesihatan diri dan orang-orang yang anda sayang. Bila kita minum atau memasukkan minyak jahat dalam badan kita, apa yang anda rasa akan berlaku kepada tubuh?
Satu lagi, kesan buruk akibat penggunaan minyak zaitun yang rosak bukannya dapat dilihat dalam sejam, sehari, sebulan atau setahun.
Kesannya hanya dapat dilihat dalam jangka masa panjang, dalam lima ke sepuluh tahun. Long term.
Jadi, jika kita minum minyak zaitun rosak hari ini, kita tak nampak dan tak rasa kesannya lagi.
Nazran Abd Mutalib
Certified Olive Oil Sommelier & Olive Oil Quality Assessor.
Pendidik Minyak Zaitun Malaysia.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *