#6 UDARA – PEMBUNUH MINYAK ZAITUN

FAKTA 5: UDARA – PEMBUNUH MINYAK ZAITUN
Musuh minyak zaitun yang kedua adalah oksigen.
Bagi manusia, oksigen adalah nyawa.
Namun bagi minyak zaitun, oksigen adalah pembunuh.
Bagaimana oksigen boleh membunuh minyak zaitun?
Sebenarnya, minyak zaitun berkualiti tinggi mempunyai kandungan anti oksidan. Ia adalah satu bahan segar (fresh).
Apabila bahan segar dan anti oksidan berinteraksi dengan musuhnya, oksigen maka akan berlakulah tindak balas kimia.
Inilah yang dipanggil proses oksidasi.
Minyak Zaitun yang teroksida.
Akibatnya khasiat anti oksidan yang terdapat dalam minyak zaitun itu teroksida.
Antara ciri yang kita akan dapat kenal pasti adalah baunya berubah sifat, rasa berubah sifat, warna juga berubah sifat, sama macam akibat terdedah kepada cahaya.
Sebagai pengguna minyak zaitun, kita kena peka terhadap perubahan rasa, bau dan warna minyak zaitun yang kita ambil.
Waktu buka botol, kita ambil tahu ciri-ciri ini dan dari masa ke masa kita kita kena cakna kualiti minyak yang kita ambil agar tidak terguna minyak yang rosak.
MERACUN BADAN SENDIRI
Apa keburukan jika kita ambil minyak zaitun yang rosak akibat terdedah kepada oksigen?
Sama seperti akibat kerosakan terdedah kepada cahaya, minyak zaitun yang teroksida akibat terdedah kepada oksigen ini juga akan menghasilkan radikal bebas (free radikal).
Mudah cerita, radikal bebas adalah sel jahat yang membunuh sel baik dalam badan. Kajian perubatan mendapat radikal bebas adalah penyumbang kepada penyakit kanser dan serangan jantung.
Inilah yang kita tidak mahu. Tujuan kita ubah pengambilan minyak kepada minyak zaitun adalah untuk menambah baik kesihatan kita.
Tapi sebaliknya bila salah ambil, ia menjadi racun kepada tubuh kita pula.
Beginilah Cara Saya Belajar Di Spain Untuk Mengenali Minyak Zaitun Teroksida..
HATI-HATILAH WAHAI PENGGUNA
Secara kasar, apa sahaja musuh minyak zaitun ini impaknya adalah merosakkan ciri anti oksidan minyak zaitun kepada teroksida.
Bila teroksida, hilanglah khasiat yang kita mahu ambil dari minyak zaitun.
Cara mudah untuk faham macam mana minyak zaitun ini boleh hilang khasiatnya adalah begini,
Kita anggap minyak zaitun ini adalah makanan. Bila ia terdedah kepada cahaya dan udara rosaklah ia.
Makanan yang tededah kepada udara untuk tempoh lama, akhirnya akan basi.
Sebab itulah kalau kita nak makanan tahan lama, kita simpan dalam peti sejuk.
Kepada pengguna, kalau pun anda tak kisah kalau bau, rasa dan warna minyak zaitun berubah sifat akibat teroksida,
Ketahuilah bahawa dari aspek khasiat sebenarnya minyak zaitun yang asalnya mempunyai banyak khasiat tetapi bila kita ambil minyak yang teroksida, ia sebenarnya boleh membunuh.
Membunuh secara senyap. Silent killer.
Kenapa? Sebab kita tak sedar yang kita sebenarnya sedang mengkonsumsi suatu bahan yang sebenarnya memudaratkan kesihatan.
Sampai sini dahulu untuk kali ini, esok kita sambung cerita lagi
Nazran Abd Mutalib
Certified Olive Oil Sommelier & Olive Oil Quality Assessor.
Pendidik Minyak Zaitun Malaysia.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *