FAKTA 8: HARVEST DATE vs PRODUCTION DATE
Semalam kita bincang tentang bagaimana elemen masa boleh memberi kesan kepada kualiti khasiat yang terkandung dalam minyak zaitun.
Hari ini saya nak bantu anda faham cara memilih minyak zaitun berdasarkan tarikh-tarikh yang tertera pada botol minyak zaitun yang ingin anda beli.
Dalam topik ini ada dua istilah penting yang saya mahu tekankan;

i. Harvest Date
Ini adalah tarikh buah zaitun dipetik dan kemudiannya diproses menjadi minyak. Ia disimpan di dalam tangki sementara menanti proses pembotolan.
ii. Production date
Adalah tarikh minyak dibotolkan. Tarikh luput produk akan ditulis di botol berdasarkan tempoh dua tahun dari tarikh ini.
Antara production date dengan harvest date, mana lagi penting?
Harvest date yang sebenarnya lebih penting kerana ia dalah tarikh buah itu dipetik dan diproses menjadi minyak.
Buah zaitun dipetik setahun sekali sahaja. Buahnya tak boleh disimpan lama kerana akan jadi busuk dan buruk.
Buah yang busuk dan buruk tidak akan dapat menghasilkan minyak zaitun berkualiti Extra Virgin atau Virgin. Sila-silap, jadi Lampante (minyak yang tidak sesuai dimakan manusia) sahaja.
Sebaik buah dipetik, ia diproses menjadi minyak dan minyak ini disimpan dalam tangki stainless steel yang ada suntikan nitrogen dan jauh dari cahaya matahari sementara menanti proses pembotolan.
Walaupun disimpan dengan keadaan terbaik sekali pun, ia tidak dapat menghentikan pengurangan khasiat yang berlaku secara semula jadi pada minyak.
Jadi kalau harvest date adalah tahun lalu, kemudian dibotolkan tahun ini, label akan memaparkan ‘expiry date’ dalam tempoh dua tahun dari production date.
Di sinilah pengguna boleh keliru. Kita buat simulasi untuk bagi senang faham.
Katakanlah harvest date adalah pada musim Oktober – Januari tahun 2022, kemudian minyak dibotolkan pada Oktober 2023, maka umur minyak itu sudah setahun.
Kerana ia dibotolkan pada Oktober 2023, maka tarikh luput yang tertera pada botol adalah Oktober 2025 (Dua tahun dari tarikh pembotolan).
Secara fakta, minyak zaitun seeloknya diambil dalam tempoh 18 bulan atau paling lama pun dua tahun dari harvest date.
Maka pengguna yang membeli minyak zaitun mengikut contoh di atas sebenarnya hanya ada setahun untuk guna minyak yang dibeli iaitu sehingga Oktober 2024.
Lebih daripada tarikh itu, kualiti khasiat minyak sudah menurun begitu banyak dan tidak lagi dianjurkan untuk diambil.
Pengguna sekalian, janganlah percaya kepada tarikh luput, sebaliknya buatlah kiraan sendiri berdasarkan harvest date. Itu yang lebih baik untuk anda.
Bagaimana dengan botol yang tidak paparkan harvest date?
Harvest date takkan ada pada botol minyak zaitun hasil prosesan semula (refine).
Boleh jadi mereka guna minyak yang dari 5 tahun lalu tapi olah semula, buang elemen buruk pada minyak itu kemudian tambah itu tambah ini, isytihar sesuai dimakan manusia dan jual di pasaran.
Oleh itu saya ulang sekali lagi pesanan saya sebelum ini;
Lari jauh-jauh dari minyak zaitun hasil refinery. You don’t want to consume any refined product.
Nazran Abd Mutalib
Certified Olive Oil Sommelier & Olive Oil Quality Assessor.
Pendidik Minyak Zaitun Malaysia.