Kelebihan Minyak Zaitun Alard

Kisah Kami Bermula Lebih Lapan Ribu Tahun Lalu

Kisah kami bermula lebih lapan ribu tahun lalu di kawasan pergunungan di tengah-tengah bumi Palestin, di mana pokok-pokok zaitun purba yang ditanam oleh nenek moyang kami tumbuh subur di atas tanah Palestin yang subur dan diberkati.

Pokok zaitun purba dari varieti Nabali, Rumi dan Souri di Palestin telah menghasilkan minyak zaitun terbaik di dunia kerana ia tumbuh dalam iklim yang pelbagai, landskap berbukit dengan cuaca serta keadaan geografi yang ekstrem. Pokok-pokok zaitun ini telah diwarisi turun-temurun dan dijaga mengikut kaedah tradisional bagi menghasilkan minyak zaitun berkualiti tinggi yang semula jadi serta diperakui organik.

Kebanyakan pokok zaitun milenium ini telah ditanam secara tradisional ratusan malah ribuan tahun lalu di kawasan berbukit sekitar Nablus, di mana ia menerima pancaran cahaya matahari yang optimum dan hanya sedikit pengairan semula jadi daripada air hujan. Hasilnya, kajian moden terkini telah membuktikan bahawa minyak zaitun Palestin mengandungi tahap antioksidan polifenol tertinggi di dunia dan menghasilkan minyak zaitun berkualiti tinggi yang kini terkenal di seluruh dunia kerana rasa, nutrien dan aromanya yang unik.

Apabila musim menuai zaitun bermula pada bulan Oktober, kebun zaitun menjadi hidup dengan kehadiran para petani gigih bersama seluruh keluarga mereka yang menuai buah zaitun secara manual dari pagi hingga senja. Setiap titisan minyak melambangkan usaha dan kehidupan rakyat Palestin yang jujur dan rajin.

Di Al’Ard, kami komited sepenuhnya untuk menyediakan dan membangunkan minyak zaitun premium dan mewah yang memenuhi piawaian gaya hidup moden yang semakin berkembang. Minyak zaitun Al’Ard dipilih daripada buah zaitun Nabali, Rumi dan Souri Palestin terbaik yang tumbuh dengan air hujan semula jadi, kemudian menjalani ujian kimia dan deria bagi menjamin kualiti minyak zaitun yang tinggi — kaya dengan khasiat serta mempunyai rasa buah-buahan yang menyegarkan dengan rasa pedas yang unggul.

Minyak zaitun Al’Ard diproses dan disimpan di fasiliti moden yang dibina mengikut amalan terbaik industri, di bawah piawaian makanan antarabangsa yang paling tepat. Akhir sekali, ia dibotolkan di fasiliti pembotolan minyak zaitun canggih dengan menggunakan teknologi nitrogen gred makanan untuk mengekalkan nilai nutrisi serta secara semula jadi mengurangkan pengoksidaan dan memanjangkan jangka hayatnya.

Pasukan Pengecapan Profesional kami di lokasi memastikan minyak zaitun kami mencapai kualiti terbaik dengan rasa yang tiada tandingan.

Nikmatilah rasa tradisi Palestin dalam setiap titisan.

17 Kelebihan Minyak Zaitun Al’Ard

1. Jenama Antarabangsa Dari Palestine – Diedarkan Di Lebih 35 Buah Negara Di Seluruh Dunia.
2. Pembotolan Secara “Nitrogen Injection Bottling” Bagi Mengekalkan Kandungan Khasiat Antioksidan.
3. Tanpa Nitrogen Injection Bottling, Minyak Zaitun Tersebut Akan Terdedah Kepada Udara Dan Akan TEROKSIDA.
4. Minyak Zaitun Yang TEROKSIDA Akan Memudaratkan Kesihatan.
5. Minyak Zaitun Terbaik “FIRST HARVEST” Dan “EARLY HARVEST” (Awal Musim).
6. Buah Dari Pokok Zaitun Tua Melebihi 500 Tahun Mengandungi Khasiat Antioksidan Vitamin & Mineral Yang Tinggi.
7. Di Proses Secara Moden Menggunakan Teknologi Terkini Mengikut Standard & Piawaian International Olive Council (IOC).
Pengiktirafan Organik EU & JAS (JAPANESE AGRICULTURE STANDARD).
8. Pengiktirafan ISO – 22000, Fairtrade & Halal Palestine.
9. Mempunyai 3 Sijil CoA, Certificate Of Analysis Dari Kementerian Pertanian Palestine, Independent Laboratory Dan IOC Certified Laboratory Serta Sijil CoO, Certificate Of Origin Dari Palestinian Ministry Of National Economy.
10. Menggunakan Botol Kaca Gelap Anti-UV (Ultra Violet)
11. Extra Virgin (Perahan Pertama) & Cold Pressed.
12. Dari Pilihan Buah Zaitun Hijau Yang Terbaik & Di Proses Pada Hari Yang Sama.
13. Kandungan Acidity Rendah, Kurang Dari <0.5%
14. Minyak Dari Pokok Zaitun Asli Jenis Nabali, Roomy Dan Souri.
15. Hasil Keluaran Dari Kilang Dan Ladang Sekitar Nablus, Tebing Barat Palestine.
16. Produk Pilihan Ramai Doktor dan Perawat.
17. Didatangkan Dalam Saiz Botol 250ml & 500ml yang menjimatkan.

4 Cara Penggunaan Minyak Zaitun

Minum Secara Terus

Minum satu sudu makan setiap hari sebelum sarapan pagi dan sebelum tidur malam, ketika perut kosong. Elakkan dari minum air selama 3 minit selepas meminum Minyak Zaitun.

Campurkan Ke Dalam Makanan

Minyak Zaitun juga boleh dimakan/dicicah dengan roti, ianya juga boleh dicampur dengan za’atar, cuka kurma atau cuka anggur untuk menambah rasa.

Sebagai Bahan Masakan

Campurkan 2 sudu besar Minyak Zaitun kedalam semua jenis masakan panas dan sejuk seperti Kari, Sup, Masak Lemak, Masak Kicap, Sayur, Pelbagai Sambal, Makanan Berkuah dan juga makanan goreng seperti Nasi Goreng, Sayur Campur Stir Fry, Mee, Meehun, Telur, Ikan, Ayam dan banyak lagi untuk kesihatan seisi keluarga.

Kegunaan Luaran

Sapukan Minyak Zaitun pada kulit serta mana-mana bahagian tubuh badan untuk: menghilangkan kesan parut & kekeringan kulit, masalah Eczema, radang kulit, masalah sendi & lutut serta melebatkan & menghitamkan rambut.